fbpx

Lelaki bawa syabu ditahan di SJR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah disyaki syabu anggaran berat 12.80 gram di dalam bungkusan plastik berwarna kelabu di tempat duduk hadapan kereta suspek.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki membawa dadah dipercayai syabu terbongkar selepas ditahan polis di sekatan jalan raya (SJR) di Lebuh Raya Persekutuan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menahan lelaki warga tempatan berusia 39 tahun dalam keadaan mencurigakan ketika melalui SJR menaiki sebuah kereta Proton Saga menghala ke Shah Alam pada pukul 1.40 pagi.

“Hasil pemeriksaan dalam kenderaan suspek pihak polis berjaya menemui dadah disyaki syabu anggaran berat 12.80 gram di dalam bungkusan plastik berwarna kelabu di tempat duduk hadapan kereta suspek.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau bersabit Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah.

“Suspek telah ditahan reman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI