fbpx

Ketua Unit Jualan BSN didakwa palsukan dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA Unit Jualan Bank Simpanan Nasional, Mohd. Yuzakri Yazid (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban di sini atas sembilan pertuduhan memalsukan dokumen anggota tentera di Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini. FOTO: MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Seorang Ketua Unit Jualan Bank Simpanan Nasional (BSN) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas sembilan pertuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan pinjaman bank anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tertuduh, Mohd. Yuzakri Yazid, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin dan tiga pertuduhan di hadapan Majistret Mahyun Yusof.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang ketika kejadian bertugas sebagai Ketua Unit Jualan Bank Simpanan Nasional (BSN) Negeri Sembilan telah menggunakan sebagai tulen satu dokumen pengesahan perkhidmatan dan jawatan(Jabatan Arah Urusan Gaji Anggota Tentera Malaysia, Ugat) yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai ia adalah dokumen palsu.

Tertuduh juga didakwa atas lima lagi pertuduhan iaitu menggunakan sebagai tulen satu dokumen ‘early settlement quote’ (Koperasi Tentera) yang berjumlah masing-masing RM8,067.78, RM4346.96, RM77,891.91, RM20,098.60 dan RM18,192.82.

Perbuatan itu dilakukan di Cawangan BSN Jalan Datuk Bandar Tunggal, Seremban pada 16 Oktober 2018 dan 26 Oktober 2018.

Sehubungan itu, tertuduh yang kini memegang jawatan sama tetapi di Melaka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan.

Jika sabit bersalah, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI