fbpx

Kadar vaksinasi tujuh negeri diberi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham

PUTRAJAYA – Tujuh buah negeri iaitu Sabah, Kelantan, Kedah, Johor, Perak, Terengganu dan Pahang akan diberi perhatian khusus kerajaan bagi meningkatkan kadar vaksinasi Covid-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) mendapati tujuh negeri itu mempunyai kadar vaksinasi kurang daripada 55 peratus.

Beliau berkata, CITF juga akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan vaksin dapat disuntik kepada penduduk yang jauh di pedalaman.

“Untuk makluman, 17 organisasi telah diberikan kebenaran bagi melaksanakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak di bawah Program Imunisasi Covid-19 (PICK).

“Justeru, CITF menyeru agar negeri-negeri terus berhubung dengan organisasi ini yang berpengalaman menjalankan program PPV bergerak,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, inisiatif vaksinasi secara pandu lalu dan jumpa terus (walk-in) juga akan terus diperhebatkan dan diperluaskan lagi di negeri-negeri berkenaan.

Menurutnya, inisiatif suntikan vaksin Covid-19 secara walk-in di 11 buah negeri bermula hari ini iaitu di Sabah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Johor, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang dan Melaka. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI