fbpx

Jaga isteri derita kanser payudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBRAHIM (kiri) setia menjaga isterinya yang kini terlantar akibat kanser payudara di rumah mereka di Kampung Semut Api, Kota Bharu baru-baru ini.

KOTA BHARU – Hidup dalam keadaan yang serba kekurangan tidak menghalang seorang suami untuk setia menjaga isterinya yang terlantar sakit selepas disahkan menghidap kanser payu­dara kira-kira dua tahun lalu.

Seorang tukang rumah, Ibrahim Mamat, 54, perlu membahagikan masa antara kerja dan menjaga isterinya, Kamariah Yusoff, 57 di rumah mereka di Kampung Semut Api, Pengkalan Chepa di sini.

Menurut Ibrahim, setiap hari, dia akan membersihkan luka pada bahagian paras tengkuk sehingga dada selepas sel kanser merebak akibat daripada benjolan yang terletak di bahagian kiri ketiak isterinya sudah pecah.

Katanya, pada awalnya, dia dan isteri tidak mengetahui ia merupakan simptom kanser selepas melihat benjolan pada bawah ketiak dua tahun lalu.

“Saya membawa isteri berubat secara tradisional selepas melihat benjolan itu. Setelah ia pecah, baru saya rujuk ke hospital dan doktor mengesahkan bahawa isteri saya menghidap kanser payudara tahap empat.

“Sejak itu, isteri ha­nya terlantar di rumah. Saya yang perlu mengambil tugas memasak dan memandikannya sebelum keluar sekiranya ada kerja untuk dilakukan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, dia hanya mela­kukan pekerjaan di kawasan berhampiran kampung kerana bimbang jika berlaku perkara kecemasan semasa tiada di rumah.

Katanya, dia juga tidak mengharapkan anak tirinya yang berusia 17 tahun untuk menjaga isteri kerana dia juga kini bekerja sambilan untuk membantu keluarga.

“Isteri saya memerlukan per­belanjaan RM1,000 sebulan untuk membeli ubat-ubatan, susu khas dan peralatan mencuci luka. Setakat ini, kami bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk isteri sebanyak RM250 bagi kegunaan tersebut.

“Kini, perbelanjaan kami sekeluarga amat tenat, lebih-lebih lagi saya tidak dapat selalu keluar bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Ujarnya, keadaan itu juga menyebabkan dia terpaksa menangguhkan bayaran sewa rumah sebanyak RM350 sebulan sejak beberapa bulan lalu apabila sudah tidak dapat keluar bekerja.

Katanya, selain bergantung kepada ubat-ubatan, dia juga perlu membawa isterinya untuk menjalani rawatan kimoterapi setiap bulan di Hospital Raja Pe­rempuan Zainab II di sini.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh me­nyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Islam Berhad, 0301-8021-0906-05 atas nama Kamariah Yusoff. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI