fbpx

Inisiatif Shopee eDuit tawar RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terence Pang

PETALING JAYA – Platform e-dagang, Shopee memper­kenalkan inisiatif eDuit yang memberi kredit dan baucar bernilai RM100 buat pengguna baharu platform berkenaan dan e-dompet ShopeePay.

Penerima eDuit bakal memperoleh kredit ShopeePay bernilai RM25 selepas meng­aktifkan akaun ShopeePay mereka, baucar alu-aluan RM15 untuk pembelian pertama di Shopee dan baucar ShopeePay bernilai RM60 untuk pembe­lian di kedai luar talian yang mengambil bahagian.

Ia terhad buat kumpulan yang tidak pernah membuat pembelian di Shopee dan pe­nerima diberi tempoh sehingga tujuh hari untuk menggunakan kredit ShopeePay percuma mereka serta sehingga 14 hari untuk memanfaatkan baucar luar talian.

Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang berkata, usaha berkenaan sejajar de­ngan agenda digital Malaysia yang bertujuan mendorong digitalisasi dalam sektor peruncitan melalui e-dagang serta transaksi tanpa sentuh.

“Dengan manfaat eDuit dan tawaran menarik 9.9 Hari Pembelian Hebat, rakan-rakan niaga atas talian dan luar talian kami bakal mendapat manfaat daripada peningkatan aktiviti jualan.

“Selain itu, peningkatan pembelanjaan oleh pengguna dalam tempoh jangka pendek ini juga akan memberi sumbangan positif kepada ekonomi domestik,” katanya dalam siaran akhbar yang dikeluarkan semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Digital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Aiza Azreen Ahmad berkata, e-dompet dan e-pembayaran menawarkan kemudahan, tahap keselamatan lebih baik serta ganjaran yang merupakan komponen penting dalam e-dagang dan digitalisasi.

“Kempen eDuit Shopee adalah selaras dengan matlamat MDEC yang mana ia mendorong digitalisasi dan pada masa yang sama, memacu ekonomi serta memainkan peranannya untuk mempertahankan perniagaan dan mata pencarian.

“Ini sejajar dengan inisiatif kerajaan dan merupakan usaha yang seharusnya disambut baik ketika kami berusaha meningkatkan kerjasama antara sektor awam dan swasta demi menghadapi cabaran dalam tempoh yang sukar ketika ini,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI