fbpx

Helang Merah akur diikat Tok Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
pemain KDA FC meraikan jaringan kedua oleh Mohd. Syazwan Zainon ketika seri 2-2 menentang Sri Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuatan kelmarin.

KETUA jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak tidak terkilan sekalipun pasukannya gagal mengukuhkan kedudukan kedua Liga Super selepas terikat 2-2 bertemu Sri Pahang di Stadium Darul Makmur kelmarin.

Sebaliknya, pengendali dari Singapura itu memuji komitmen tinggi barisan pemain selepas pasukannya sedikit tempang tanpa kehadiran dua pemain import utama, Rabih Ataya dan Kpah Sherman.

Kata Aidil, kecederaan Tchetche Kipre juga menyaksikan KDA FC hanya bergantung kepada khidmat seorang import iaitu Renan Alves pada aksi bertemu Sri Pahang.

“Saya gembira dengan keputusan ini ketika pasukan hanya menurunkan seorang import kerana tiga import tidak dapat beraksi. Sri Pahang telah memberikan tentangan sengit seperti yang dijangka dan saya juga tidak terkejut pasukan saya boleh ber­aksi dengan baik.

“Saya harap pemain dapat mempertingkat lagi prestasi pada perlawanan seterusnya walaupun jelas mereka agak kepenatan kerana jadual padat sejak dua minggu lalu,” katanya.

Sementara itu, pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh terkilan kerana gagal mengutip tiga mata dan kekal di zon bawahan liga.

“Perasaan terkilan itu memang ada kerana saya mahu mengutip tiga mata bagi perbaiki kedudukan.

“Bagaimanapun, saya percaya masih banyak ruang yang boleh diperbaiki selepas ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI