fbpx

Hampir-hampir jadi hero

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemuda kelihatan hampa selepas bersedia menyambut seorang gadis yang tergelincir ketika menuruni bukit.

PETALING JAYA – Dalam drama, mungkin ramai telah menyaksikan mengenai adegan hero menyambut heroin yang terjatuh, mungkin permulaan bibit cinta mereka.

Namun, realitinya perkara seperti itu mungkin juga ada. Seperti satu klip video yang kini tular di media sosial TikTok sejak semalam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Rohoxxxwehlop, kelihatan gadis itu ketinggalan di belakang kawan-kawannya semasa mereka menuruni Bukit Maras, Kuala Terengganu.

Namun, dia dilihat tidak dapat mengimbangi kakinya dan terus panik apabila tiba-tiba meluru laju ke bawah.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah reaksi seorang pemuda berbaju biru yang kebetulan sedang hiking di situ bersedia menyambut gadis tersebut sekiranya dia gagal untuk mengawal kelajuan kakinya.

Namun perkara itu tidak berlaku apabila gadis itu berjaya diselamatkan oleh salah seorang kawannya yang sempat mencapai tangannya terlebih dulu.

Susulan tularnya klip tersebut, rata-rata orang ramai turut terhibur melihat gelagat gadis dan pemuda itu yang tersipu-sipu malu apabila menyedari reaksinya dirakam.

“Aku ulang banyak kali tengok video ni supaya brader tu dapat sambut gadis yang nak jatuh tu. Ternyata hampa,” jelas Khairul Fahrisham.

“Alamak, jodoh dah dekat dah, tapi tak dapat sambut pula. Tolong la jatuh lagi sekali, sikit je lagi,” ujar Jo Izami. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI