fbpx

Edar dadah, penghantar dihukum gantung sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang penghantar barang yang mengedar dadah jenis kanabis seberat 299.09 gram, tiga tahun lepas berakhir apabila dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Hafizul Rashid Emmy, 29, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

“Setelah meneliti keterangan saksi dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan mengenai pemilikan dadah berbahaya.

“Pembelaan juga gagal menyangkal ke atas keimbangan kebarangkalian anggapan mengedar di bawah Seksyen 37(da)(vi) Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh itu, mahkamah mendapati tertuduh bersalah atas pertuduhan dihadapinya. Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati,” kata hakim itu.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Hafizul didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 299.09 gram di sebuah rumah di Bandar Tasik Selatan, Cheras di sini pukul 11.50 malam pada 8 Mac 2018.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 38B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama, yang membawa hukuman gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup dan juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 15 sebatan. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI