fbpx

Belum pinjam sudah kena bayar, pesara rugi RM9,630

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Menawarkan pinjaman tanpa had dengan syarat mudah namun mengenakan pelbagai caj sebelum pinjaman diluluskan sehingga mangsa kerugian ribuan ringgit.

Itu modus operandi sindiket penipuan pinjaman wang tidak wujud dengan menggunakan nama bank tempatan bagi mengaburi mata orang ramai terutama pengguna media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd Yusof berkata, dalam kes terbaharu, seorang pesara Jabatan Kesihatan dari Kampung Jeruas Sega, Raub mengalami kerugian RM9,630 selepas menjadi mangsa sindiket terbabit.

“Dalam kejadian 10 Ogos lalu, mangsa tertarik dengan satu iklan pinjaman wang menggunakan nama sebuah bank di media sosial Facebook dan menekan pautan ke WhatsApp suspek.

“Suspek memperkenalkan diri sebagai pegawai perunding bank berkenaan dan menawarkan pinjaman dengan syarat mudah, tiada had umur, tiada had pinjaman dan proses yang cepat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd Wazir selepas berbincang, mangsa bersetuju membuat pinjaman sebanyak RM10,000 dengan kadar bayaran sebanyak RM219 selama empat tahun.

Katanya, selepas itu mangsa diminta untuk membuat bayaran sebanyak RM630 sebagai bayaran insuran pinjaman dan mangsa telah membuat bayaran berkenaan pada 17 Ogos lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI