KOTA KINABALU – Beberapa kawasan sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat serta air pasang hari ini.
Hujan lebat mula turun sekitar pukul 1 tengah hari dan berlarutan sehingga malam.
Antara kawasan dilaporkan banjir adalah Telipok, Inanam, Likas, Sepanggar, Indah Permai, Kolombong serta jalan berhampiran Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi kenyataanya memaklumkan, amaran ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah termasuklah pedalaman di Kuala Penyu serta Beaufort.
Amaran dijangka membabitkan kawasan pantai barat seperti Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran serta Labuan.
Dalam pada itu, seorang penduduk yang dikenali sebagai Elton berkata, rumah mereka di Kampung Inanam Laut mengakibatkan ditenggelami air berikutan hujan lebat sejak petang semalam. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929