BEAUFORT – Seramai 54 mangsa banjir melibatkan dua daerah di Sabah kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini
Bilangan itu membabitkan 17 keluarga bagi daerah Beaufort dan Sipitang setakat pukul 9 pagi tadi.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata seramai 39 penduduk terjejas banjir daripada 13 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir.
“Ia termasuklah beberapa orang mangsa dari daerah kecil Membakut.
“Selain itu, 15 mangsa daripada empat keluarga kini ditempatkan di PPS Dewan Mini Mesapol, Sipitang.
“Penduduk terjejas di daerah Beaufort mula dipindahkan ke PPS pada pukul 9.20 malam tadi dan Sipitang sekitar pukul 5.35 petang hari sama,” katanya dalam kenyataan media sebentar tadi.
Dalam pada itu, jurucakap APM menasihatkan orang awam khususnya penduduk kampung berhampiran sungai dan kawasan rendah supaya peka dengan situasi semasa berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929