fbpx

330 kes kematian hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Negara sekali lagi merekodkan kes kematian harian melepasi 300 dengan 330 kes melibatkan 268 warga Malaysia dan 62 warga asing, menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 sebanyak 17,521 kes.

Dalam masa sama, sebanyak 93 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) terdiri daripada 55 warga Malaysia dan 38 warga asing manakala, kesemua kes kematian terdiri daripada 189 lelaki dan 141 perempuan.

Mengikut rekod, kes kematian harian pernah melepasi angka 300 pada 26 Ogos dengan 393 kes sekali gus tertinggi sejak pandemik.

Pesakit sedang dirawat dan diasingkan semakin berkurangan kepada 259,189 kes termasuk 1,388 kes di Unit Rawatan Rapi dan 762 kes memerlukan bantuan pernafasan serta kes sembuh mencatatkan sebanyak 22,399 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, nilai RT Malaysia secara keseluruhan bagi dua hari berturut-turut juga telah mencatatkan bacaan kurang 1.0 dan diharapkan akan terus menunjukkan penurunan.

“Daripada jumlah kes harian semalam, sebanyak 332 kes (1.7 peratus) kategori tiga, empat dan lima, manakala sebanyak 19,046 kes (98.3 peratus) kategori satu dan dua.

“Secara keseluruhan, 8,847 kes (45.7 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada sejarah vaksinasi, 4,638 kes (23.9 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 5,893 kes (30.4 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap,” katanya menerusi satu entri di Facebook hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 34 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 20 kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti, empat kluster kumpulan berisiko tinggi serta masing-masing satu kluster pendidikan tinggi dan keagamaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI