fbpx

2021 musim terakhir Raikkonen bersama F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIKKONEN mengumumkan hasrat untuk bersara daripada perlumbaan F1 sebaik kontrak dengan Alfa Romeo tamat hujung musim ini. – AFP

ZANDVOORT, BELANDA – Bekas juara dunia Formula Satu (F1), Kimi Raikkonen membuat keputusan untuk tidak meneruskan karier sebagai pelumba profesional apabila mengumumkan persaraan sebaik berakhirnya saingan musim ini.

Pelumba berusia 42 tahun itu mendedahkan, dia sudah membuat keputusan berkenaan sejak tahun lalu lagi memandangkan kontraknya bersama pasukan Alfa Romeo akan tamat hujung musim ini.

Raikkonen mengakui, ia bukan satu keputusan yang mudah dilakukan memandangkan dirinya sudah sebati dengan sukan permotoran itu, lebih-lebih lagi selepas pernah bergelar juara dunia pada 2007.

“Sudah tiba masanya dan tahun 2021 akan menjadi musim terakhir saya dalam perlumbaan Formula Satu. Saya telah berfikir masak-masak mengenai keputusan ini ketika mengharungi musim sejuk tahun lalu.

“Memang bukan keputusan yang mudah tetapi sudah tiba masanya untuk saya mencari pengalaman baharu. Mungkin saingan F1 akan berakhir untuk saya tetapi masih ba­nyak ‘pengembaraan’ yang saya mahu harungi,” kata pelumba dari Finland itu.

Pada masa sama, dia juga me­ngucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan-pasukan yang pernah diwakili sebelum ini serta seluruh peminat kerana sentiasa memberi sokongan sepanjang karier bergelar pelumba F1.

Difahamkan, Valtteri Bottas akan menggantikan tempatnya sebagai pelumba Alfa Romeo musim depan, manakala George Russell bakal menyertai Mercedes AMG Petronas untuk bergandi­ngan dengan Lewis Hamilton bagi saingan F1 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI