KOTA TINGGI – Seorang pekerja pembersihan maut selepas motosikal ditunggang digilis bas kilang dalam kemalangan di Jalan Mangga Taman Kota Jaya, di sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 pagi itu menyebabkan mangsa, Rosayu Ramli, 38, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika penunggang motosikal berhenti di simpang jalan lalu telah dilanggar oleh sebuah bas kilang yang ketika itu hendak membelok masuk simpang ke kiri jalan.
“Dalam kejadian itu penunggang motosikal telah digilis oleh bas tersebut dan mengalami kecederaan teruk pada kepala serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Manakala pemandu bas berusia 74 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk urusan bedah siasat,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambahnya, siasatan lanjut masih dilakukan dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929