fbpx

Tulang rawan lutut cedera, Jong-ho perlu berehat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JONG-HO

SELEPAS menjalani rawatan dan didiagnosis pakar, penyanyi kumpulan Ateez, Jong-ho disahkan mengalami kecederaan kecil pada tulang rawan lututnya.

Perkara berkenaan dimaklumkan agensi KQ Entertainment dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Jong-ho pada mulanya mengadu berasa kurang selesa pada bahagian lutut sebelum pergi mendapatkan rawatan di hospital dan kemudian didiagnosis dengan kecederaan tersebut.

Meskipun mengalami kecederaan ringan, dia dinasihatkan doktor agar berehat dan tidak terlibat dengan segala latihan koreografi berat.

Semuanya demi memastikan lutut kirinya segera sembuh sementelah Ateez dijadualkan akan muncul dengan album baharu pada bulan depan.

Dalam proses penyembuhan, Jong-ho bagaimanapun dibenarkan menjalani koreografi ringan, namun dalam pergerakan terbatas.

“Dia baik sahaja, kami memastikan Jong-ho dapat menyertai Ateez dan semua aktiviti membabitkan album baharu mereka, ZERO: FEVER Part 3 kelak,” kata wakil KQ.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI