fbpx

Timbalan Menteri KPT lawat UPNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Masrizal (duduk kiri) merasai pengalaman menggunakan simulator kapal di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad melakukan lawatan rasmi ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini.

Beliau disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Rosli Yaakub.

Turut hadir Naib Canselor UPNM, Lt. Jen Datuk Hasagaya Abdullah, wakil-wakil kementerian serta pengurusan tertinggi UPNM.

Ahmad Masrizal terlebih dahulu menerima pembentangan taklimat berkenaan info ringkas serta hala tuju dan perkembangan terkini UPNM.

Beliau seterusnya dibawa melawat pameran penyelidikan berkaitan produk inovasi dan penyelidikan oleh para penyelidik dan warga universiti berkenaan.

Semasa sesi lawatan tersebut, Ahmad Masrizal berbesar hati menyampaikan bantuan Prihatin berupa pemberian Komputer Riba dan dermasiswa bernilai RM1,000 seorang kepada 20 pelajar UPNM yang memerlukan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan delegasi KPT kemudian dibawa ke Pusat Maritim UPNM bagi melawat dan merasai pengalaman penggunaan simulator kapal. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI