PETALING JAYA – Gelagat seorang lelaki yang sedang tidur tanpa menyedari rumahnya dimasuki air tular di media sosial dan menarik perhatian ramai baru-baru ini.
Menerusi perkongsian satu video di laman TikTok oleh @aldi_alfatih57, seorang lelaki dilihat tidak sedarkan diri walaupun air telah membasahi lantai dalam kejadian banjir kilat sehinggalah si perakam mengejutkannya.
“Akibat tidur terlalu nyenyak sampai tidak tahu rumah sudah ditenggelami air. Air memang dah naik, mujur dia tak tenggelam,” tulisnya di video itu.
Perkongsian rakaman video itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang menyifatkannya sebagai melucukan.
“Ini kalau mak nampak, bukan dia kejutkan, entah-entah dia biar sahaja saya tenggelam dalam air,” jelas @ShukMelaka
“Kalau dia sebelah saya, sudah lama saya jerit dekat sebelah telinga,” ujar @MilaKaliah
Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 6.7 juta tontonan dan 473,500 tanda suka di TikTok. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929