SIK – Beberapa sungai yang terlibat dalam fenomena aliran puing di Gunung Jerai pada 18 Ogos lalu didapati menjadi lebih cetek berbanding keadaan asal.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, keadaan itu menyebabkan aliran sungai di Yan yang deras selepas hujan lebat pada pagi ini melimpah.
“Apabila hujan lebat dan air terkumpul di atas gunung (Gunung Jerai), maka air yang turun akan menjadi deras.
“Disebabkan aliran sungai menjadi cetek, aliran air yang deras itu kemudiannya melimpah ke darat,” katanya pada sidang akhbar di Majlis Pelancaran Pengaturan Pasaran Buah-Buahan Tempatan Bermusim di Padang Pulut di sini hari ini.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian arus deras atau kepala air itu tidak memberi kesan teruk seperti yang berlaku pada 18 Ogos lalu. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929