fbpx

Skuad B20 uji ‘taring’ dengan NSFC, Projek FAM/MSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALONEY (kiri) hanya mengekalkan seramai sembilan pemain daripada skuad B-23 yang dibawa ketika Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober lalu.

KETUA jurulatih skuad bawah 20 tahun (B-20) negara, Brad Maloney sudah mengatur dua aksi persahabatan untuk menguji barisan pemainnya pada sesi latihan pusat Fasa 1 di Kompleks Sukan PKNS, Petaling Jaya bermula kelmarin.

Sebagai rekod, kem latihan pusat Fasa 1 diadakan sebagai persiapan awal skuad muda negara bagi mengharungi kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Ulaanbaatar, Mongolia bulan depan.

Maloney mengharapkan 24 pemain terpilih menyertai kem kali ini, dapat menunjukkan komitmen tinggi bagi mencerahkan peluang diserapkan dalam skuad utama ke Mongolia nanti.

“Saya anggap kem latihan selama sembilan hari ini dapat memberi peluang kepada muka-muka baharu untuk menyesuaikan diri dengan corak taktikal pasukan.

“Kami telah mengaturkan dua perlawanan persahabatan bagi menguji barisan pemain bertemu Negeri Sembilan FC (NSFC) pada Sabtu dan Isnin pula menentang Projek FAM/MSN.

“Saya akan membuat penilaian menerusi dua perlawanan itu jika ada pemain dalam kumpulan ini boleh diserapkan untuk kem latihan pusat Fasa 2 nanti,” katanya.

Skuad muda Harimau Malaya akan bersaing dalam saingan Kumpulan J dengan Mongolia selaku tuan rumah serta dua wakil Asia Tenggara, Laos dan Thailand.

Difahamkan, beberapa lagi pemain utama daripada pasukan Liga Super akan dipanggil menyertai kem latihan pusat Fasa 2 bermula 19 September ini termasuk tonggak muda yang berpangkalan di luar negara seperti Luqman Hakim Shamsudin dan Wan Kuzri Wan Kamal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI