fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa tujuh negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat di tujuh negeri sehingga pukul 8 malam, hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook berkata, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir serta hujan lebat ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Batang Padang di Perak.

“Ribut petir dan hujan lebat turut diramal berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan selain di Cameron Highlands, Pahang.

“Ribut petir dan hujan lebat turut dijangka melanda Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu di Terengganu,” kata kenyataan tersebut sebentar tadi.

Menurutnya, ribut petir dan hujan lebat turut dijangka berlaku di Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Tambunan, Papar, Kota Belud dan Kudat di Sabah selain Kanowit, Kapit, Bintulu serta Limbang di Sarawak pada malam ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI