PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di 11 negeri sehingga pukul 9 pagi, hari ini.
“Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda di Kedah selain satu dua tempat di Perlis.
“Ribut petir turut diramal berlaku di Pekan serta Rompin, Pahang selain melibatkan satu atau dua tempat di Pulau Pinang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, kejadian ribut petir turut diramal terjadi di satu atau dua tempat di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri di Sarawak selain di Tawau, Sandakan serta Kudat di Sabah.
Menurut kenyataan itu, hujan turut dijangka melanda satu atau dua kawasan di Perak dan Kuala Lumpur pada pagi ini. – K! ONLINE