fbpx

Pocong pun ambil vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gelagat seorang penerima vaksin memakai kostum ke pusat pemberian vaksin.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki memakai kostum ala hantu pocong ketika menghadiri janji temu vaksinasi di satu lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mencuri perhatian ramai baru-baru ini.

Menerusi klip video berdurasi 17 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama @jarimaniss, lelaki berkenaan melompat-lompat ketika gilirannya tiba untuk berurusan di kaunter yang disediakan.

“Tengok siapa yang datang. Cik pocong pun ambil vaksin tau,” tulisnya menerusi kapsyen video tersebut.

Video itu ditonton lebih 200,800 kali dan mendapat 10,800 tanda suka sejak dimuat naik semalam.

Kebanyakan netizen terhibur dengan tindakan lelaki itu yang dianggap rela ‘berkorban’ menjadi hodoh untuk menceriakan petugas di PPV tersebut.

“Ini kalau jatuh naya sahaja, tak ada siapa nak angkat,” komen @larasenja.

“Aku yang manusia ini belum dapat vaksin. Hantu dapat dulu,” ujar Nik Merah.

“Lawak pula tengok hantu ini. Jarang hantu buat lawak biasa dia buat orang cabut lari saja,” kata JennyJay.

Menurut maklumat di ruangan komen video tersebut, gambar itu dirakam di Dewan Meranti, Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh, Selangor. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI