fbpx

Percutian dalam kebun yang mendamaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUDAHAN chalet selain tempat berkhemah turut disediakan kepada pengunjung Rock Garden, Gopeng.

SELEPAS sekian lama berkurung di dalam rumah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak awal tahun ini, kini orang ramai sudah boleh menarik nafas lega.

Ia selepas pihak kerajaan membenarkan individu yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 melakukan
aktiviti riadah di negeri masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard ketat.

Sewaktu pelaksanaan PKP, orang ramai dilarang untuk melakukan aktiviti riadah dan rentas daerah bagi
memutuskan rantaian pandemik Covid-19 dalam masyarakat.

Bagi mereka tinggal di Perak, salah satu daerah yang menawarkan aktiviti riadah dan percutian mendamaikan adalah Gopeng.

Terletak 20 kilometer dari bandar raya Ipoh, Gopeng terkenal sebagai destinasi percutian kerana dikelilingi alam semula jadi seperti sungai dan guagua mempersonakan.

Bagi mereka berhajat untuk bermalam di Gopeng, salah satu lokasi yang menawarkan tempat penginapan dan tapak perkhemahan terbaik adalah Rock Garden Camping Resort (Rock
Garden).

Pemiliknya, Mohd. Rosdi Mohd. Nadri, 41, berkata, Rock Garden merupakan tempat penginapan berkeluasan satu hektar berkonsepkan percutian keluarga dengan menawarkan pelbagai aktiviti
menarik.

“Resort ini mula dibuka secara rasmi pada 2018. Ia sering menjadi tumpuan mereka yang ingin bercuti dalam suasana persekitaran mendamaikan bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Tarikan utama di sini adalah chalet penginapan terletak di pinggir kebun dikelilingi tumbuhan menghijau serta berhadapan Sungai Kampar,” katanya ketika ditemu bual Horizon baru-baru
ini.

Rock Garden menawarkan tiga pilihan penginapan kepada para pelawat iaitu empat chalet, sebuah dorm dan tapak perkhemahan yang mampu membuatkan seramai 40 orang.

Menurut Mohd. Rosdi, pihaknya hanya menawarkan empat chalet yang dilengkapi lima katil single, sebuah bilik mandi serta pendingin hawa.

“Kami hanya ada empat chalet yang sedia ditempah dan empat lagi sedang disiapkan. Bagi pengunjung
berkumpulan lebih 20 orang, mereka boleh menempah dorm kami.

“Kami juga menawarkan tapak perkhemahan yang lengkap dengan segala kemudahan seperti bilik air dan surau,” jelasnya.

Di Rock Garden, pelawat boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti rakit arus deras, menjelajah Gua Tempurung, menaiki pelampung, kenderaan pelbagai permukaan (ATV), water abseiling dan
mendaki Batu Putih.

Mohd. Rosdi memaklumkan, Sungai Kampar terkenal dengan aktiviti rakit arus deras tahap tiga dan menaiki pelampung yang sesuai untuk mereka yang pertama kali ingin mencuba.

Tegasnya lagi, pihaknya juga menyediakan tempat bermain paintball yang sesuai dimainkan
secara berkumpulan, sekali gus dapat mengeratkan hubungan antara peserta.

“Sebut sahaja Gopeng, pasti ramai yang mengetahui keseronokan bermain rakit arus deras. Di sini, pengunjung berpeluang menelusuri arus deras sejauh 4 kilometer pada harga RM120.

“Di sini juga, para pengunjung boleh mandi-manda di Sungai Kampar yang berarus perlahan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Kami turut menyediakan kelengkapan barbeku kepada pelawat,” jelasnya.

RAKIT arus deras antara aktiviti lasak yang boleh dilakukan pengunjung yang pastinya memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Jika datang pada musim buah, pengunjung berpeluang menjamah pelbagai jenis buah-buahan tempatan termasuk durian Gopeng yang terkenal dengan keenakan rasanya.

Salah seorang pelawat, Shahrul Ambri Samsuddin, 34, berkata, Rock Garden sebuah tempat penginapan ideal buat mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti perkhemahan.

Katanya, tempat perkhemahan yang ditawarkan juga cukup strategik iaitu di tepi sungai serta dilengkapi pelbagai kemudahan diperlukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI