SUNGAI SIPUT: Seorang penoreh getah maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di laluan pejalan kaki Jambatan Victoria dekat Karai di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 60 tahun meninggal dunia di lokasi nahas malah kejadian juga menyebabkan getah sekerap yang dibawanya bertaburan di atas atas jambatan itu.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, siasatan mendapati terdapat bekas geseran pada tiang besi di laluan berkenaan dipercayai dilanggar motosikal mangsa.
Katanya, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar tiang besi tersebut.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Jambatan Victoria juga dikenali sebagai Jambatan Enggor adalah antara jambatan kereta api tertua di Malaysia. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929