fbpx

Penjual kuih didenda RM5,000 sebar berita palsu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas diperintahkan membayar denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini.

MELAKA – Padah menyebarkan berita palsu kematian sebuah keluarga akibat Covid-19 di laman sosial Facebook, seorang penjual kuih terpaksa membayar denda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd. Affendi Kamal Haminuddin, 39, yang membuat pengakuan tersebut sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah menyebarkan berita tidak benar di akaun Facebook miliknya dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam.

Tertuduh telah memuat naik hantaran “kuarantin dekat rumah sebab tiada simptom. Satu keluarga sepatutnya kena pergi temujanji dengan KKM untuk ujian saringan tapi mereka sekeluarga tidak hadirkan diri. Bila KKM datang ke rumah semua dah mati dalam rumah”.

Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 9 pagi di Kampung Panchor, Durian Tunggal pada 26 Mei lalu.

Bagi kesalahan tertuduh didakwa mengikut 4(1) ordinan darurat (Kuasa-kuasa Perlu)(No.2) 2021 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya.

Dalam hal suatu kesalahan berterusan didenda tidak lebih RM1,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukumannya diringankan dengan alasan hanya bekerja sebagai penjual kuih dan perlu menanggung isteri serta dua orang anak.

Timbalan Pendakwa Raya, Anis Wahidah Mohamad bagaimanapun memohon hukuman berat diberikan dengan mengambil kira kesalahan itu adalah serius dan mendatangkan kebimbangan orang awam di saat negara dilanda pandemik.

Selepas mendengar hujah kedua pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 atau penjara lima bulan jika gagal bayar.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI