PETALING JAYA – Bekas pembaca berita RTM, Kamaruddin Ahmad, 78, telah menghembuskan nafas terakhir beliau akibat sakit tua hari ini.
Menurut portal RTM One News, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Bukit Sentosa, Selangor, pukul 7 pagi ini.
Allahyarham Kamaruddin meninggalkan seorang balu, lapan anak, 17 cucu dan enam cicit.
Sepanjang 20 tahun bertugas di RTM, Allahyarham menjadi penyampai televisyen pertama dalam sejarah penyiaran negara bergandingan dengan Allahyarham Wan Chik Daud.
Dilaporkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Beruntung, selepas solat Asar nanti. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929