fbpx

Pegawai agensi kerajaan ditahan rasuah bekal pelekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang pegawai agensi kerajaan ditahan selepas dipercayai terlibat dalam rasuah bernilai RM5,000 bagi pembekalan projek pembekalan pelekat kepada agensi itu.

Penahanan suspek lelaki berusia 44 tahun itu dilakukan kira-kira 2 petang tadi di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Menurut sumber, suspek dikatakan telah meminta dan menerima rasuah berjumlah RM5,000 daripada syarikat pengiklanan.

“Perbuatan itu dipercayai dilakukan suspek lelaki bermula dari tahun 2017 hingga tahun lalu.

“Rasuah itu sebagai balasan untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek pembekalan pelekat kepada agensi berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM2009.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan pukul 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Shah Alam,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI