fbpx

PDRM giat kumpul maklumat berkaitan ajaran PMYT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan tugas Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu, Datuk Idris Abdullah (kanan) daripada Datuk Hazani Ghazali (tiga dari kanan) yang akan menjawat jawatan Pengarah KDNKA Bukit Aman.

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mengambil tindakan tegas ke atas anggota unit beruniform sekiranya dikenal pasti terbabit sebagai pengikut dalam ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya akan meneliti dan menyemak perkara terbabit.

“Jika benar ada penglibatan anggota unit beruniformn, kita akan kenal pasti mereka yang terbabit dan tindakan akan diambil segera.

“Kita masih dalam proses menyiasat dan bakal maklumkan hasilnya setelah segala perkara selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah hari ini.

Acryl Sani menyaksikan penyerahan tugas Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu, Datuk Idris Abdullah daripada Datuk Hazani Ghazali yang akan menjawat jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) di Bukit Aman.

Dalam pada itu, mengulas lanjut tentang perkembangan terkini berkaitan ajaran PMYT, Acryl Sani memaklumkan pihaknya kini giat mengumpul maklumat mengenai seorang wanita menggunakan gelaran Sittah Annur yang didakwa mula mengembangkan ajaran berkenaan dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kita sedar tentang gerakan seperti ini dan ia bukanlah perkara baru, Saya lihat perkara ini masih dalam kawalan dan kita boleh mengambil sebarang tindakan tergesa-gesa jadi siasatan teliti harus dilakukan dan PDRM akan mengumpul segala maklumat selengkapnya kerana ia turut membabitkan jabatan lain termasuklah Jabatan Agam Islam.

“Kita ada cara dalam menghadapi perkara ini. Sebelum ini pun kita pernah berhadapan perkara sama dan berjaya mengatasinya. PDRM tidak leka dan sentiasa memastikan bahawa ia tidak sampai menimbulkan kerisauan dan keresahan di kalangan masyarakat umum,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita berusia 39 tahun menggunakan gelaran Sittah Annur didakwa mula mengembangkan ajaran PMYT yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Wanita berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook, YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan termasuklah Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI