fbpx

PDRM buka 115 kertas siasatan kes Parcel Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahidisham

KUALA LUMPUR – Sebanyak 115 kertas siasatan berhubung kes penipuan Parcel Scam membabitkan kerugian berjumlah RM1,641,359.96 bagi tempoh Januari hingga 31 Ogos tahun ini telah dibuka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, sindiket ini menyasarkan golongan wanita yang bekerjaya dan ‘kesunyian’ sebagai mangsa mereka.

“Kita juga telah menerima tiga laporan polis berhubung kes penipuan Parcel Scam ini. Dalam ketiga-tiga kes, mangsa telah berkenalan dengan seorang individu melalui media sosial.

“Ketiga-tiga mangsa juga merupakan ibu tunggal yang mana kenalan ‘alam maya’ telah memaklumkan ada menghantar bungkusan dari luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mahidisham Ishak memberitahu, mangsa kemudiannya diminta untuk membayar sejumlah wang bagi tujuan kos penghantaran bungkusan tersebut.

“Namun, sebaik pembayaran dibuat, bungkusan yang dijanjikan tidak diterima.

“Ketiga-tiga kes ini melibatkan kerugian berjumlah RM 31,500 dan akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” jelasnya.

Pihaknya juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan kenalan melalui media sosial dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran bungkusan dan melakukan transaksi tanpa usul periksa. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI