fbpx

Melaka, Negeri Sembilan beralih ke fasa 2 dan 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 memutuskan dua negeri akan beralih fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Sabtu ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, peralihan fasa itu melibatkan negeri Melaka yang beralih ke fasa dua dan Negeri Sembilan yang akan memasuki fasa tiga.

Beliau berkata, negara kini berada di landasan yang tepat ke arah pemulihan berdasarkan kadar purata kebolehjangkitan (R-naught) semasa di seluruh negara.

“Alhamdulillah, hari ini buat pertama kalinya selepas beberapa bulan, R-naught di seluruh negara berada di bawah 1.0 dan saya yakin kita berada di landasan yang tepat ke arah pemulihan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, mesyuarat juga bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung pelancongan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Menurutnya, sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.

“Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI