fbpx

MBI ikrar perangi rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025.

Oleh MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberi tumpuan kepada enam bidang utama dalam usaha memerangi rasuah di peringkat organisasinya menerusi Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025.

Antaranya tadbir urus, pengurusan, kewangan dan perolehan, perancangan dan pembangunan, perlesenan serta penguatkuasaan dan perkhidmatan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kepentingan meletakkan budaya berintegriti pada tahap tertinggi adalah menjadi keutamaan.

Menurut beliau, penting bagi anggota MBI melaksanakan segala amanah dengan sebaiknya supaya tahap kepercayaan warga Ipoh tidak terjejas.

“MBI yakin dengan komitmen semua pihak, pelan tersebut dapat memacu organiasi melaksanakan segala proses penyampaian perkhidmatan dengan lebih sistematik, dinamik, efisien dan berintegriti.

“Kerja-kerja ini tidak akan berhenti setakat ini kerana ianya merupakan program yang berterusan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran OACP MBI 2021-2025 dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Perak, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad secara maya di sini.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI