fbpx

Mayat lelaki hilang di Sungai Dungun ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Ahmad Firdaus Atiq yang ditemui di kawasan penyedutan pasir di Serdang, Dungun hari ini.

DUNGUN – Mayat Ahmad Firdaus Afiq Che Yusof, 21, yang hilang dibawa arus deras Sungai Dungun pada kelmarin berjaya ditemui hari ini selepas hampir 40 jam operasi mencari dijalankan.

Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menjumpai mayat operator pengeluaran sebuah kilang memproses ikan itu di kawasan penyedut pasir di Serdang di sini pada pukul 8.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum itu, penemuan mayat Ahmad Firdaus Afiq telah dimaklumkan oleh seorang pekerja syarikat penyedutan pasir berkenaan.

“Mayat mangsa yang hanya berseluar pendek ditemui tersangkut pada enjin salah sebuah tongkang penyedut pasir yang terdapat di kawasan itu.

“Lokasi penemuannya kira-kira 3.3 kilometer dari tempat terakhir dia dilihat di Sungai Dungun berhampiran Kampung Tok Kah di sini,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan Ahmad Firdaus Afiq telah dihanyut arus deras ketika sedang mandi manda di sungai berkenaan bersama lima rakannya pada pukul 3.30 petang, Selasa lalu.

Sebelum kejadian, dia yang baru melangsungkan perkahwinan pada sembilan bulan lalu sempat menunaikan solat Zuhur sebelum keluar meninggalkan rumah untuk berkelah tanpa sempat menikmati makan tengah hari. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI