fbpx

Lelaki usung ‘kavadi’, baju penuh bendera sambut merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan aksi seorang lelaki menyambut Hari Kebangsaan 2021 dengan cara tersendiri.

PETALING JAYA – Aksi seorang lelaki menyambut Hari Kebangsaan 2021 dua hari lalu dengan mengenakan pakaian dipenuhi bendera dan mengusung perhiasan seperti ‘kavadi’ tular di laman sosial.

Menerusi klip video berdurasi 45 saat yang dikongsi di laman Facebook Navy The Best, kelihatan lelaki tersebut sedang berarak sendirian bagi ‘meraikan’ sambutan hari kemerdekaan itu di jalan raya.

Tanpa memikirkan persepsi orang lain terhadap dirinya yang mengenakan pakaian dan hiasan pelik, lelaki tersebut dilihat gembira menyambutnya dengan cara tersendiri.

Difahamkan, kejadian itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya dan lokasinya adalah di sebuah kawasan sekitar negeri Sarawak.

Susulan perkongsian klip video itu di laman sosial, rata-rata pengguna memuji tindakan lelaki berkenaan dan mereka bangga dengan ‘idea’ kreatifnya menyambut Hari Kebangsaan.

“Semangat dihatinya bersungguh sayangkan negara Malaysia, pada kita nampak seperti tidak senang tapi pada hatinya dia tunjukkan semangat kemerdekaan,” tulis Apiz Jbt pada ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Wipasa Wi.

“Anda adalah anak jati Sarawak yang cintakan kemerdekaan negara kita Malaysia.

“Agik idup agik ngalaban, bersatu bangsa untuk negara walaupun kita lain agama, tetap teguh bersama sama, itu lah kita rakyat Malaysia,”katanya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI