fbpx

Lee Min-ho tepis gosip cinta dengan Yeon-woo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOSIP bertebaran mendakwa Lee Min-ho dan Yeon-woo menjalin hubungan cinta bertebaran selepas mereka dilihat meluangkan masa bersama baru-baru ini.

DUNIA hiburan K-pop bergegar dengan satu pendedahan eksklusif daripada laman Dispatch yang mendakwa bahawa aktor popular Lee Min-ho dikatakan menjalin hubungan cinta dengan bekas anggota kumpulan Momoland, Yeon-woo.

Perkara tersebut didedahkan Dispatch dengan memuat naik beberapa keping gambar memaparkan Min-ho berada di kawasan parkir apartmen didiami Yeon-woo untuk keluar menonton wayang.

Laporan tersebut turut menyebut, kedua-duanya sudah menjalin hubungan asmara sejak lima bulan lalu. Min-ho juga dikatakan meluangkan masa bersama Yeon-woo ketika sambutan hari lahirnya pada 1 Ogos lalu.

Sejurus laporan tersebut bertebaran dalam internet, agensi Min-ho iaitu MYM Entertainment pantas menangkis dakwaan berkenaan dengan menafikan sekeras-kerasnya hubungan cinta mereka berdua.

“Dakwaan mengatakan mereka sedang bercinta adalah tidak benar,” kata wakil agensi tersebut.

Wakil syarikat berkenaan turut menegaskan bahawa hubungan Min-ho dan Yeon-woo tidak lebih daripada sekadar rakan.

“Pada ketika itu, bukan mereka berdua sahaja yang keluar, ada rakan-rakan yang lain. Malah, tiada gambar menunjukkan mereka sedang berdua-duaan,” ujar wakil agensi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI