PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk terus menyambung lantikan tiga pemimpin politik sebagai Duta Khas Perdana Menteri bertaraf menteri.
Pejabat Perdana Menteri berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat kabinet pertama yang berlangsung semalam.
Katanya, kerajaan bersetuju untuk terus menyambung pelantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah.
“Selain itu, lantikan Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Duta Khas ke China dan Datuk Seri Richard Riot Jaem sebagai Duta Khas ke Asia Timur turut disambung,” katanya di sini hari ini.
Abdul Hadi yang juga Presiden Pas dan Ahli Parlimen Marang dilantik oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Duta Khas ke Asia Tengah pada 2 April 2020.
Sementara itu, King Sing yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Ahli Parlimen Bintulu pula dilantik sebagai Duta Khas ke China pada 20 April 2020.
Lantikan bertaraf menteri itu diberikan selepas King Sing menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara.
Richard Riot yang juga Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Ahli Parlimen Serian dilantik sebagai Duta Khas ke Asia Timur pada 14 Mei 2020. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929