fbpx

Lakaran wajah suspek samun pasangan kekasih akan diedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eng Lai

KUALA LUMPUR – Polis akan menyebarkan lakaran wajah suspek yang menyamun pasangan kekasih hingga menyebabkan tangan mangsa wanita cedera dan terpaksa dipotong dalam kejadian di Jalan Kuching, di sini pada 26 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihak polis sudah membuat semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, namun gambaran yang diperoleh kurang jelas.

“Gambaran wajah suspek yang kita dapat kurang jelas termasuk nombor pendaftaran motosikal.

“Setakat ini kita sudah mengambil keterangan daripada mangsa lelaki (penunggang motosikal) berkenaan gambaran wajah suspek. Kita akan edar lakaran wajah tersebut dalam masa terdekat,” ujarnya ketika ditemui pemberita di lokasi melupuskan barang kes di stor barang kes, dekat Sentul hari ini.

Pada 26 Ogos lalu, Kosmo! melaporkan, pasangan kekasih yang bekerja sebagai penghantar makanan cedera selepas diserang tiga lelaki dalam kejadian samun di Jalan Kuching, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah malam itu menyebabkan mangsa lelaki cedera di muka dan badan, manakala teman wanitanya cedera di bahu kanan hingga mengakibatkan tangan kanannya terpaksa dipotong.

Berdasarkan laporan, pasangan itu menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal Honda RS150 warna kelabu.

Siasatan awal mendapati suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan melarikan motosikal milik mangsa nombor pendaftaran VFU 814. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI