KUALA TERENGGANU – Krisis air yang sedang melanda daerah ini dan Kuala Nerus melibatkan 150,000 penduduk dijamin boleh diselesaikan mengikut jadual asal iaitu 12 September depan.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerja-kerja pembaikan yang menelan kos keseluruhan RM2.5 juta sedang berjalan lancar.
“Kerosakan akan diganti dengan paip baharu yang ditempah khas dari Australia dan Itali melibatkan kos.
“Paip tersebut lebih fleksibel dan tahan lama berbanding sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas meninjau lokasi kerosakan jajaran paip Syarikat Air Terenggganu Sdn. Bhd. (Satu) di Sungai Terengganu di sini hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, pengoperasian Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Berapit yang berkapasiti 60 juta liter padu (MLD) juga akan mempercepatkan selewat-lewatnya 14 September depan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929