PORT DICKSON – Aktiviti perkelahan dan perkhemahan termasuk di pantai-pantai perangingan yang ada di daerah ini adalah tidak dibenarkan buat individu yang tidak lengkap divaksinasi.
Perkara tersebut merupakan antara perkara yang digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP), Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Ia susulan kelonggaran dan kemudahan yang diberikan kepada penerima vaksin yang telah lengkap dua dos.
Yang Dipertua MPPD, Zamri Mohd. Esa berkata, semua aktiviti berkumpulan juga adalah tidak dibenarkan kecuali kumpulan kecil dalam kalangan ahli keluarga yang sama. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929