fbpx

Hampir 1,000 banduan di Kelantan lengkap dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat (kanan) meninjau tanaman rock melon yang ditanam oleh banduan Penjara Pengkalan Chepa yang sudah boleh dituai untuk jualan sejak empat bulan lalu.

KOTA BHARU – Kira-kira 1,000 daripada 5,000 orang banduan di dua buah penjara di negeri ini sudah lengkap suntikan dos vaksin Covid-19 sejak program vaksinasi dijalankan di peringkat penjara dua bulan lalu.

Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, beliau menjangkakan baki 4,000 orang banduan yang ditempatkan di Penjara Pengkalan Chepa di sini dan Pusat Pemulihan Akhlak, Machang akan menerima vaksin Covid-19 secara berperingkat bermula bulan ini.

Menurutnya, beliau yakin usaha untuk menyuntik semua banduan penjara akan dapat dilaksanakan dengan segera menerusi kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).

“Menerusi kerjasama itu, kita masih menunggu bekalan vaksin dan pihak Kementerian Kesihatan menerusi JKNK akan terus memberi suntikan kepada banduan di sel masing-masing.

“Kita berharap akan menerima bekalan vaksin secepat mungkin dalam usaha untuk mengekang jangkitan Covid-19 dalam kalangan banduan di penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Japanese Rock Melon dengan kerjasama Penjara Negeri Kelantan dan Syarikat El Matta Sdn. Bhd. di Penjara Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Mat, pihak penjara akan memberi keutamaan kepada golongan banduan yang lanjut usia dan berisiko untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Katanya, bagaimanapun, pihak penjara tidak menetapkan sebarang syarat khusus untuk menerima vaksin kerana mahu semua banduan menerima suntikan vaksin lengkap dalam kadar segera. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI