fbpx

Fatima suka dengar alunan azan Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Fatima yang leka mendengar laungan azan Mekah mencuri perhatian peminat.

NUR FATIMA AISYA antara anak selebriti tanah air yang sering mendapat perhatian netizen kerana keletah comelnya.

Terbaharu, ibunya, Nur Fazura mendedahkan bahawa Fatima yang kini berusia 10 bulan sangat suka mendengar alunan azan dari Mekah.

“Hari minggu yang selalu dinanti apabila dapat peluang menghabiskan masa dengan Fatima. Memang dia akan melekat macam ini.

“Fatima paling suka dengar azan. Kalau sudah habis, daddy (Fattah Amin) akan mainkan alunan azan dari Mekah dalam YouTube dan akan khusyuk tidak bergerak seperti ini,” tulis Fazura.

Dalam ruangan komen pula, ramai netizen yang memuji cara pasangan selebriti itu mendidik Fatima kerana memperdengarkan azan kepada anak mereka.

Bahkan, ada yang mahu menjadikan Fazura dan Fattah sebagai ibu bapa contoh. Semoga Fatima membesar menjadi anak yang solehah.

MIZZ LAHAR: Lain macam penangan tudung terbaharu Fazura baru-baru ini. Ini dikatakan rezeki hadir kerana niat murninya ingin bantu golongan terjejas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI