fbpx

Wei Lun menang perak buat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEI LUN berjaya mengharumkan nama negara apabila meraih pingat perak pada aksi final acara individu BC1 di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo sebentar tadi.

KONTINJEN Malaysia menambah koleksi pingat pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 selepas atlet boccia, Chew Wei Lun memenangi pingat perak pada aksi final acara individu BC1 di Pusat Gimnastik Ariake sebentar tadi.

Pada aksi itu, Wei Lun terpaksa akur dengan kehebatan pemain No.1 dunia dari Britain, David Smith apabila tewas 2-4.

Meskipun bermula dengan cemerlang apabila mendahului 2-0 pada pusingan pertama, namun Smith menunjukkan kebangkitan pada pusingan seterusnya apabila mengutip empat mata berturut-turut.

Walaupun tewas, namun aksi yang ditampilkan atlet berusia 26 tahun itu pada Paralimpik Tokyo wajar diberikan pujian kerana dia tidak diletakkan harapan untuk memenangi pingat.

Pada masa sama, lawan yang ditemui pada perlawanan akhir hari ini bukanlah calang-calang memandangkan Smith merupakan pemenang dua kali pingat emas Paralimpik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI