fbpx

Warga emas maut kereta rempuh papan tanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga emas yang hilang kawalan lalu melanggar papan tanda di bahu kiri jalan dalam satu kejadian di Kilometer 2.5 Lebuh Raya Duke hari ini. - Foto IHSAN: JSPT KL

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh tiang papan tanda dalam satu kemalangan di Kilometer 2.5 Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke) di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT), Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang sewaktu mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Bezza dalam perjalanan ke ibu negara dari arah Gombak.

“Siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki berusia 67 tahun itu tiba-tiba hilang kawalan mengakibatkannya melanggar papan tanda di bahu kiri jalan lalu terbabas dan termasuk ke dalam longkang.

“Susulan kejadian itu, lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

“Orang ramai yang mempunya sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujar beliau. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI