fbpx

Tular lelaki makan salad cacing mentah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video lelaki tersebut yang memakan hidangan cacing mentah. -YouTube

BANGKOK – Pegawai perubatan Thailand memberi amaran kepada orang ramai agar tidak memakan cacing mentah selepas sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menikmati haiwan itu dalam satu hidangan salad pedas menjadi tular di YouTube, lapor portal berita Thaiger semalam.

Dalam satu video yang dimuat naik sebelum itu, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, sekiranya video tersebut mendapat 10,000 tanda suka, dia akan merakam video dirinya memakan cacing mentah.

Lelaki itu mencampurkan cacing mentah bersama sos ikan, serbuk cili, gula dan limau nipis sebelum merakam dirinya memakan hidangan itu.

Video tersebut telah ditonton lebih 250,000 kali sejak ia dimuat naik pada 24 Ogos lalu.

Susulan itu, seorang doktor baru-baru ini menerusi satu hantaran di Facebook memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak memakan cacing mentah kerana ia mungkin dicemari dengan telur parasit dari tanah kotor.

Pengarah Jabatan Kesihatan Thailand juga memberi amaran sama dengan berkata bahawa tindakan itu boleh menyebabkan keracunan makanan dan cirit-birit. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI