fbpx

Trend kemasukan pesakit di empat negeri menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Trend kemasukan pesakit dalam hospital di negeri-negeri dengan liputan penerima dos lengkap melebihi 50 peratus seperti Lembah Klang, Negeri Sembilan, Labuan dan Sarawak menunjukkan penurunan sekali gus membuktikan keberkesanan pemberian vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, berdasarkan trend penurunan kemasukan pesakit Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, sebanyak 53 peratus penurunan dapat dilihat berbanding pada awal Ogos.

“Bagi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang terdapat penurunan sebanyak 44 peratus bermula awal Ogos selepas sebulan aktiviti vaksinasi dipertingkatkan di Lembah Klang.

“Sehubungan itu, saya ingin menjelaskan dan menegaskan bahawa vaksin Covid-19 digunakan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah berkesan terutamanya dalam mengurangkan risiko komplikasi jangkitan yang teruk,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI