fbpx

Tak kisah pasal rupa, asalkan boleh pimpin ke syurga – Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUHAINIES

PETALING JAYA – Soalan tentang hubungan cinta dan jodoh sering menjadi pertanyaan peminat untuk pelakon cantik manis, Ruhainies memandangkan kakaknya Risteena Munim sudah pun bergelar isteri orang.

Ditambah pula dengan sikapnya yang agak berhati-hati dengan perkongsian peribadi dan sudah lama tidak memuat naik sebarang hantaran berkaitan kekasih hati.

Semalam, Ruhainies menerima pertanyaan daripada salah seorang peminatnya yang berminat ingin mengetahui cita rasa pelakon itu dalam memilih pasangan.

“Kakak suka lelaki Melayu macam Hindustan atau Korea, tolong jawab kakak,” tanya seorang peminatnya dalam ruangan Soal & Jawab dalam Instagram.

Jawab pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu, dia sebenarnya tidak kisah dengan rupa paras seseorang kerana berasakan dirinya tidaklah secantik mana.

“Saya tak kisah sangat fasal rupa. Saya pun bukannya elok mana. Asalkan boleh menjaga saya dan seorang yang bertanggungjawab. Paling penting, dia boleh pimpin saya ke syurga,” jawabnya ringkas.

Sebelum ini, umum mengetahui bahawa pelakon itu kerap berkongsi gambar bersama kekasih hatinya yang digelar sebagai Mr. E dalam media sosial.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, dia dilihat sudah jarang berkongsi mengenai kisah cintanya kepada umum memandangkan kekasihnya itu menetap di London. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI