fbpx

Sri Pahang, KDA FC sama handal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjaga gol pasukan Kedah Darul Aman FC, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (jersi hitam) diasak oleh pemain import Sri Pahang FC, Kenjok Athiu pada perlawanan Liga Super di Stadium Darulmakmur di Kuantan. - SHAIKH AHMAD RAZIF

KUANTAN – Hasrat pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk meneruskan momentum kemenangan kelima berturut-turut tidak kesampaian apabila terikat 2-2 ketika bertemu Sri Pahang pada aksi Liga Super sebentar tadi.

Pada saingan di Stadium Darul Makmur itu, skuad Helang Merah yang dikendalikan oleh Aidil Sharin Sahak terlebih dahulu meraih gol pembukaan menerusi ledakan pemain tengah, Amirul Hisham Awang Kechik seawal minit ke-11.

Namun, kelebihan yang dimiliki oleh pasukan pelawat tidak bertahan lama selepas Sri Pahang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-29 hasil gerakan cantik yang berjaya disudahkan oleh Kenny Athiu.

Bersambung pada babak kedua, KDA FC yang beraksi tanpa dua khidmat pemain import berpengaruh, Kpah Sherman dan Rabih Ataya dilihat terus berusaha untuk mengasak kubu skuad Tok Gajah.

Kerja keras yang dipamerkan oleh barisan pemain KDA FC itu membuahkan hasil apabila pemain gantian, Syazwan Zainon bijak menyudahkan hantaran yang diberikan oleh Amirul Hisham pada minit ke-67.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah yang dikendalikan oleh Dollah Salleh memastikan mereka dapat mencuri satu mata selepas sekali lagi bangkit untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan sendiri yang dilakukan oleh pertahanan KDA FC, Loqman Hakim pada minit ke-87.

Keputusan seri tersebut menyaksikan KDA FC kekal berada di kedudukan kedua Liga Super dengan mengutip 39 mata manakala Sri Pahang meraih 19 mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI