fbpx

Ratusan ribu duit sendiri, bapa lebur tertipu tawaran kerja palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang eksekutif sumber manusia kerugian sebanyak RM111,906.17 selepas terpedaya dengan tawaran kerja kosong sebuah sebuah aplikasi jual beli dalam talian 29 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab. Ghani berkata, wanita berusia 27 tahun yang menetap di Senawang menyedari dirinya tertipu selepas membuat 25 transaksi pindahan wang dari akaun miliknya sendiri dan juga akaun bank bapanya.

Aibee Ab. Ghani

“Berdasarkan siasatan, pada 29 Ogos kira-kira pukul 10 pagi, mangsa yang berada di rumah telah melayari facebook dan ternampak iklan yang menawarkan kerja sambilan sebelum menghubungi talian 017-7768122 bagi bertanyakan lebih lanjut.

“Mangsa telah diterangkan oleh seorang individu dikenali Annie perlu membayar dahulu barangan tersebut kemudian akan diberikan keuntungan 10 peratus dari harga barangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aibee berkata, dalam urusan berkenaan, mangsa telah berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Perlanggan Michell di talian 014-7469858 , 016-6698840 dan Pengurus Kredit yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr Tan di talian 017-8591521.

Menurutnya, mangsa yang berminat dengan tawaran kerja berkenaan ditawarkan kerja sebagai Marketing Assistant.

“Mangsa telah melakukan kesemua transaksi ke atas empat akaun bank iaitu Bank Simpanan Nasional 1011141100030181, CIMB 7075935389, CIMB 7046025040 dan Maybank 164481118173 yang telah diberikan.

“Namun sehingga kini mangsa masih belum mendapat pulangan dari hasil pekerjaan berkenaan dan membuat laporan di Balai Polis Senawang semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI