fbpx

Putus tunang didik Elfira jadi lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elfira Loy

PETALING JAYA – Patah hati atau apa jua situasi berpisah boleh menyebabkan seseorang individu itu berubah sama ada ke arah yang lebih baik atau sebaliknya.

Tidak terkecuali, pelakon cantik Elfira Loy yang mendedahkan pengalaman putus tunang pada tahun 2018 merupakan satu episod hitam yang membuatkan dirinya terduduk disebabkan kecaman hebat, namun pada akhirnya membawa dirinya kembali kepada fitrah.

Biarpun nampak hina di mata orang lain, namun insiden tersebut menyebabkan Elfira berubah menuju yang diredai Allah.

“Momen yang pernah membuatkan saya terduduk ialah ketika saya putus tunang. Ketika itu, saya mendapat kecaman hebat dan ramai yang buat pelbagai spekulasi tetapi saya mendiamkan diri.

“Namun, momen itu yang paling saya suka walaupun saya nampak hina pada mata orang tetapi berjaya membuatkan saya berpatah balik ke jalan yang diredai Allah SWT,” kongsi­nya.

Perkara tersebut dikongsi Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 27, menerusi satu sesi siaran langsung bersama pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun dalam laman Facebook pada malam kelmarin.

Sesi siaran langsung itu membincangkan tajuk ‘Ya Allah, Aku Tidak Berdaya’.

Kongsi pelakon drama Qalesya itu, disebabkan kejadian duka tersebut, dia mula melibatkan diri pelbagai aktiviti yang lebih mendekatkan diri dengan Tuhan.

“Hampir setiap hari saya pergi ke masjid. Mungkin itu manis yang Allah hendak beri. Saya berasa gembira kerana Allah beri ujian yang buat saya kembali kepada fitrah dan mula berhijrah ke arah lebih baik,” katanya lagi.

Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017, namun ikatan tersebut hanya bertahan selama empat bulan sebelum terlerai pada Februari 2018.

Pada 1 Januari 2019, Elfira berkahwin dengan Khairol Faris Anuar dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI