fbpx

PPV sesak kehadiran penjaja mahu dapatkan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kehadiran orang ramai di PPV Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi di Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Tindakan orang ramai menyerbu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi di Butterworth di sini menyebabkan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya mengesan kehadiran di luar jangkaan orang ramai bagi Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) kepada penjaja kira-kira pukul 8 pagi.

“Tindakan awal telah diambil dengan mengarahkan anggota Balai Polis Butterworth dengan bantuan pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk mengawal orang ramai beratur mengikut penjarakan fizikal.

“Program ini yang bermula Isnin lalu akan berlangsung hingga esok dan penjaja yang terlibat dinasihati membuat perancangan bagi mengelak kesesakan (berulang),” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu tular di media sosial beberapa gambar memaparkan kehadiran luar biasa orang ramai yang mahu mendapatkan vaksin Covid-19 di dewan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI