fbpx

Petunjuk tidak divaksin sebab masalah kesihatan di MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Satu ciri baharu khas di aplikasi MySejahtera khusus bagi individu yang tidak boleh menerima atau melengkapkan vaksin Covid-19 atas faktor masalah kesihatan akan dilaksanakan kelak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihak kementerian akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) yang bersesuaian untuk golongan berkenaan.

“Selagi individu terbabit mendapat pengesahan doktor yang mengatakan sedemikian, ia akan dipaparkan dalam MySejahtera sebagai pemberitahuan.

“Oleh itu, kita akan teliti SOP berkaitan,” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Kesihatan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, individu tanpa masalah kesihatan yang enggan menerima vaksin Covid-19 berkemungkinan perlu menjalani ujian saringan secara rutin sebagai salah satu langkah kesihatan awam.

Untuk itu, katanya, satu strategi atau polisi pemeriksaan kebangsaan (national testing strategy) akan dicadangkan untuk dilaksanakan apabila negara memasuki fasa endemik.

“Pada fasa ini, sama ada sudah divaksin atau belum, orang ramai digalakkan menjalani ujian saringan secara berkala. Itu sebabnya kerajaan mahu ujian Covid-19 dapat diakses dengan lebih mudah pada harga berpatutan.

“Jadi, bagi individu yang enggan divaksin pula, mereka perlu ada jadual ujian yang harus dibuat secara rutin,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI